Wednesday, 20 November 2013

Kenangan Yang Memalukan?

Hi & Assalamualaikum.

Lagu kite, kite tak dengar la. Tapi awak dengar kan lagu kite yang sedih tu? Hm hm. Sedih tau.
Dia suruh "Active Adobe Flash." salah tekan punya pasal. Malas betul.

Kenapa lagu kite sedih? Kadangkadang sedih itu perlu untuk menguatkan semangat. Eh? Ye kan? Ye ye. Hehe. Sendiri tanya, sendiri jawap, haha. Macam Diyana kata la "Ica tanya, ica yang jawap." Hehe. Kite tanya pasal Boyfriend dia tadi. Sekarang selalu lepak dengan dia since rumah dia la yang paling dekat. Makan pagipagi kat kantin sesama. Yela, zaty kan duduk asrama. So, dia selalu datang sekolah lambat. And kitorang pegi ambil lesen samasama. Kite ade lesen L okay. L jea? Hm. Okay la tu, bak kata Ammar Hilmi.

Me: "Ica ade lesen dah."
Ammar: "Bak nak tengok."
Me: :*keluarkan* Ni."
Ammar: "Eleh, L jea."
Danial: "Haha, L jea, km ada P."
Diyana: "Sebelum ada P, hampa ada L juga kan.?"

Actually, saya sangat lah malas untuk mengambil P. Iaitu, saya sangat malas untuk pegi belajar. And my mom selalu tanya. "Adik bila nak pegi test.?" And jawapan yang sama selalu saya kasi ialah "Nanti la." Because I don't even knew when I want to go.

Ini lah dia. Nur Diyana Izzati Binti Mahazhir. *Betul ke eja nama ayah dia tu. Hoho


Eh! Ape ni, tajuk lain, cerita lain? Haha. Biasa lah tu :p Kembali ke tajuk saya yang akan memalukan saya. Heh. Tapi ini bukan mengenai aib sendiri. Allah pun tutup aib hambanya, takkan lah kite yang nak buka? haha. Takde la. Ini hanya cerita untuk kalian semua :p Hoho.

Yang pertama - Form1- "Jatuh dalam longkang." Ys, nasib baik longkang tu keil jea. Kat sekolah sebenarnya, kat tepi dewan. Ex- Boyf kite tengah date dengan kawan kite. Pelik tak Ex couple dengan kawan kite? Hehe. Tapi itu dulu, sebab kite pun tak kisah pasal tu. Hoho. Yea, berbalik kepada jatuh longkang tadi, haha. Malu tau time jatuh longkang tu. Lepas jea aku bangun terus blah dari situ tanpa tengok belakang. Time tu malu dia Allah jea yang tahu. Tapi sekarang takde lah malu dah -___- Form kot time 2010. A long time ago.

Time form2.


Yang kedua- Lari macam lipas kudung time tengok dia. Haha. Malu tau sebenarnya, tambahtambah pula dia tengur. Haaaa. Malu sangat.

Yang ketiga - Terjerit dalam kelas kot. Time Aiman pijak kaki, yelaaa. Kuat kot aku jerit. Anny tengok pelik jea. Haha.

Yang keempat - Time masuk kelas lewat, lepastu kene pula bahan dengan Sir, dia cakap "Kecil, tapi makan banyak." Tapi aku rasa takde la malu sangat. uma kelu. Haha.

Yang kelima - Beg  terjatuh masa nak pegi ke Feri. Time tu Allah jea tahu malunye aku. Memang sangat memalukan, semua orang tengok, time tu aku rasa macam nak sorokkan muka jea, sebab beg yang aku seret tu jatuh kuat kot. Rasa macam nak terjun jea kat pulau Langkawi tu, aduhai, nasib beg yang jatuh, kalau aku jatuh? Tak ke macam nangka busuk? Huhu. Tapi lepas tu Ammar dengan baik hati nak tolong angkatkan and bawakan. So, I let it and then Aizah tegur. Huhu.


 Time kat Langkawi with Aizah Salwa Binti Abu Hassan.

Yang keenam - Bila tercakap kuat  time nak beli hotdog and dia tegur. Ya Ampun! Malunye tersangat malu, menyorok jea kat belakang zaty, because I don't even know what to do.

Yang ketujuh - Bila terjumpa dia, and aku buat muka pelik, and Zaty cakap dia cakap kat Zaty "muka dia takboleh blah." Hoh? Malu tau!

Yang kelapan - Time pegi nak test kenderaan itu, saya ditegur dan ia membuatkan saya malu dihadapan 36 orang. Huh! Agak benci ya, tapi tak mengapa.

Yang kesembilan - Bila aku rasa aku terlalu pandang sangat muka dia, macam terlalu admire. Hoh? Hm. Malas sangat mahu fikir soal itu.
 

Yang kesepuluh - Bila ade budak tu sesuka hati dia jea, bising kat Interaction aku, tapi guna ayat yang carut, padahal aku cakap "stop this conversation ya?" Itu jea. Tapi dia telah membuat aku menyampah sangat kat dia.

Jeng jeng jeng. kalau korang tak hadapi, korang takkan rasa malu yang aku rasa. Hahahahahhaha. Malu sangat. Tapi sekarang, tak rasa malu dah kot? Tu cerita dari Form1 sampai form4. Hm hm. Kalau ingat balik rasa macam kelakar pula. Korang? Mesti lagi banyak kan rasa malu tu kan bila sesuatu incident itu berlaku. Iya kan? Haha.

Yes! Dan saya telah pun mengalaminya. Yang "Dia." kite cakap dalam tu banyak orang dan berbeza beza orangnya ^^ Ape yang lepas itu biarlah lepas kan? Saya sebenarnya dah malas nak ingat. Tapi yang ni kelakar, Okay semua, sampai disini saja.

Goodbye. Stay cute. Love ya :*


      Kenangan Itu Manis Untuk dikenang :*




No comments:

Post a Comment

Hello Hi.